ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Thursday, August 23, 2012

STRUKTUR KURSUS IJAZAH BAHASA ARAB


STRUKTUR KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN KEPUJIAN


KOD
KURSUS

TAHUN 1 SEMESTER 1

JAM KREDIT

KOD KURSUS

TAHUN 1 SEMESTER 2

JAM KREDIT

LLT 1013
LLS 1013

LLS 1053
UKK 1012

UBE 1000
XXX 1011

Al-Nahw 1
Tarikh al-Adab Wa al-Nusus 1
Al-‘Arud Wa al-Qafiyah
Asas Pengenalan Komputer
Foundation English
Ko- Kurikulum 1

3

3
3

2
-
1

TQH 1011
TQT 1011
LLM 1013
LLB 1013
LLK 1013

SFF 1012
UBE 1012

XXX 1021

Hifz al-Quran 1
Al-Tajwid
Al-Sarf 1
Al-Balaghah 1
‘Ilm al-Lughah Wa al-Ma’ajim
Al-Fiqh al- ‘Am
English For Specific Purposes
Ko- Kurikulum 2

1
1
3
3

3
2

2
1

JUMLAH

12

JUMLAH

16

KOD KURSUS

TAHUN 2
SEMESTER 3

JAM KREDIT

KOD KURSUS

TAHUN 2
SEMESTER 4

JAM KREDIT

LLM 2023
LLS 2023

LLF 2013
DTA 2012
UBE 2022

Al-Sarf 2
Tarikh al-Adab Wa al-Nusus 2
‘Ilm al-Aswat
Al-Tafsir
Reading and Writing For Academic Purposes

3

3
3
2


2

TQH 2021
LLT 2023
LLB 2023
LLK 2023
SFU 2012
UBE 2032

Hifz al-Quran 2
Al-Nahw 2
Al-Balaghah 2
Al-Tarjumah
Usul al-Fiqh
Public Speaking

1
3
3
3
2
2

JUMLAH

13

JUMLAH

14

KOD KURSUS

TAHUN 3 SEMESTER 5

JAM KREDIT

KOD KURSUS

TAHUN 3
SEMESTER 6

JAM KREDIT

LLT 3033
LLB 3033
LLS 3063
LLP 3013
MPW2043

Al-Nahw 3
Al-Balaghah 3
Al-Adab al-Muqaran
Al-Bahth al-Balaghi
Pengajian Islam

3
3
3
3
3

TQH 3031
LLM 3033
LLS 3033

LLF 3023
LLS 3073

DHA 3012

Hifz al-Quran 3
Al-Sarf 3
Tarikh al-Adab Wa al-Nusus 3
Al-Lahjat Wa al-Qiraat
Al-Naqd al-Adabi al-Qadim
Al-Hadith

1
3

3
3

3
2

JUMLAH

15

JUMLAH

15

KOD KURSUS

TAHUN 4 SEMESTER 7

JAM KREDIT

KOD KREDIT

TAHUN 4
SEMESTER 8

JAM KREDIT

LLM 4043
LLB 4043
LLK 4033
UPP 4012
MPW2033
MPE2012

Al-Sarf 4
Al-Balaghah 4
Fiqh al-Lughah
Penyelidikan
Pengajian Malaysia
Asas Keusahawanan

3
3
3
2
3
2

TQH 4041
LLT 4043
LLS 4043

LLS 4083

LLP 4023
MPW2013

Hifz al-Quran 4
Al-Nahw 4
Tarikh al-Adab Wa al-Nusus 4
Al-Naqd al-Adabi al-Hadith
Al-Bahth al-Lughawi
Bahasa Kebangsaan A

1
3

3

3
3
3

JUMLAH

16

JUMLAH

16

JUMLAH : 117 jam kredit + 3 jam kredit ( Elektif Bebas ) diambil pada mana- mana semester sepanjang pengajian = 120 jam kredit keseluruhan.

Thursday, August 9, 2012

Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH


Kulliyyah Bahasa Arab

Pengenalan 

Kulliyyah Bahasa Arab Kolej Universiti Insaniah diasaskan seiring dengan penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) pada tahun 1996, pada ketika itu INSANIAH hanya menawarkan Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab 3 + 1 secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar Mesir, sehingga tahun 2007. Walau bagaimanapun bermula tahun 2004, Kulliyyah ini menawarkan Program sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Kepujian yang telah mendapat Akditasi penuh dari agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kini Kulliyyah Bahasa Arab telah berada sebaris dengan kulliyyah - kulliyyah yang lain di dunia apabila pihak MQA telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada kulliyyah ini untuk menjalankan dua program tambahan iaitu MA & Phd Bahasa Arab dengan kelulusan ruj MQA : PA 9803 bertarikh 24 Ogos 2009, dibahagikan kepada No. Rujukan PA 9861 ( Ijazah Sarjana Bahasa Arab ) dan PA 9862 (Ijazah Doktor Falsafah Bahasa Arab).

VISI

Menjadikan KUIN sebuah Universiti bertaraf antarabangsa dirantau Utara Malaysia. Melahirkan penyelidikan yang mampu menangani isu-isu Bahasa Arab di era globalisasi.

MISI

Melahirkan penyelidikan Bahasa Arab bertaraf antarabangsa menjana ilmu dalam semua bidang.

Objektif Umum:

Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia dan menawarkan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ berilmu, beramal dan bertaqwa. Program Kulliyyah Bahasa Arab ini diharap dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam khususnya dalam bidang kesusasteraaan arab, penggunaan bahasa dan kaedah-kaedahnya. Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan islam, pengurus, pentadbir usahawan yang efisien selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Objektif Khusus:

Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dan insan demi kepentingan ummah.

Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Program Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian

· Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), atau

· Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan diperakui oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,atau

· Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM),atau

· Lulus Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya NGMP2.00 dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau

· Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah,dan

· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (kepada warganegara Malaysia sahaja)


Program Sarjana 

· Mempunyai Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya Kelas Kedua bawah (Jayyid) dalam bidang Bahasa Arab dari kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.

· Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau gred B bagi semua kursus yang berkaitan dengan bahasa Arab.

· Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (اللغة العربية والدراسات الإسلامية) yang mendapat Jayyid Jiddan boleh dipertimbangkan, walau bagaimanapun mereka wajib lulus ujian lisan di peringkat kuliyyah.

· Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab atau Pengajian Islam dari universiti luar Negara juga diterima.

Program Ijazah Doktor Falsafah

· Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari Kolej Universiti Insaniah atau mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Senat ; atau 

· Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat ; atau

· Calon diwajibkan mengambil subjek Recher Methodology (LMB 7993) atau mempunyai sijil yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Senat.

Yuran Pengajian

BANTUAN KEWANGAN 

Pinjaman Dan Bantuan Pendidikan Biasiswa

Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan PTPTN.

Bagi anak kelahiran kedah atau salah seorang daripada ibu atau bapa kelahiran Kedah, bolehlah memohon bantuan dalam bentuk Biasiswa melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Biasiswa atau Pinjaman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah ( LBNK ) dari Wisma Darulaman serta bantuan wang zakat daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

HUBUNGI KAMI

Dekan Kulliyyah Bahasa Arab
Kolej Universiti Insaniah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star,
Kedah Darulaman.

No. Tel : 04-7374359
No. Fax : 04-7374359

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH